Isnin, 11 Oktober 2010

Siapa boleh Join?

Perkhidmatan yang kami sediakan tidak dihadkan untuk mana-mana individu, malah kami mengalu-alaukan kehadiran anda tidak kira sama ada anda adalah pelajar-pelajar darjah 1 hingga 6 (UPSR), palajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 (PMR), pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 (SPM), pelajar-pelajar tingkatan 6 (STPM),pelajar-pelajar matrikulasi, pelajar-pelajar asasi di universiti-universiti, pelajar-pelajar kolej komuniti, pelajar-pelajar politeknik, pelajar-pelajar institut kemahiran dan latihan, pelajar-pelajar kolej, pelajar-pelajar universiti dan sebagainya tidak kira awam mahupun swasta. Apa yang perlu anda buat adalah hanya dengan mendaftar sebagai ahli dan anda layak untuk mendapat servis terbaik dan percuma daripada team kami.

"Hanya RM30 Yuran Keahlian Untuk 1 Tahun dan Anda Layak Menggunakan Servis Kami Secara Percuma"
Peringatan! Team Tuisyen Percuma Online hanya memberikan perkhidmatan tuisyen secara percuma untuk matapelajaran matematik sahaja tidak kira apa jua bidang matematik yang anda ingin kongsikan masalahnya kepada kami. Kami akan cuba membantu bagi memastikan kefahaman dan kejayaan anda pada tahap yang maksimum. Insya Allah.

Lancar Blog

Assalamualaykum w.b.h pelajar2 budiman di luar sana..mungkin ada segelintir daripada anda yang sedang mengalami trauma belajar, lemah dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesi kuliah atau kelas mahupun sukar mendapatkan panduan atau teknik penyelesaian masalah khususnya dalam matapelajaran melibatkan pengiraan ( matematik, matematik gunaan, matematik lanjutan, matematik kejuruteraan, statistik, kalkulus etc ). Ya! kini anda tidak perlu risau, malu ataupun putus asa tentang apajua yang anda rasakan. Anda boleh berhubung dengan Team Tuisyen Percuma Online kami untuk apajua masalah dalam menyelesaikan soalan-soalan matematik sama ada untuk tujuan kefahaman atau menyelesaikan tugasan. Kami di Tuisyen Percuma Online akan membantu bagi meringankan masalah anda seterusnya memberikan keyakinan kepada diri anda bahawasanya anda juga boleh menjadi individu yang cemerlang khususnya dalam matapelajaran matematik dengan syarat anda juga bersama-sama memajukan diri anda dari masa ke semasa dengan asas-asas yang akan kita sama-sama pelajari nanti mengikut topik pilihan anda.