Isnin, 11 Oktober 2010

Lancar Blog

Assalamualaykum w.b.h pelajar2 budiman di luar sana..mungkin ada segelintir daripada anda yang sedang mengalami trauma belajar, lemah dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesi kuliah atau kelas mahupun sukar mendapatkan panduan atau teknik penyelesaian masalah khususnya dalam matapelajaran melibatkan pengiraan ( matematik, matematik gunaan, matematik lanjutan, matematik kejuruteraan, statistik, kalkulus etc ). Ya! kini anda tidak perlu risau, malu ataupun putus asa tentang apajua yang anda rasakan. Anda boleh berhubung dengan Team Tuisyen Percuma Online kami untuk apajua masalah dalam menyelesaikan soalan-soalan matematik sama ada untuk tujuan kefahaman atau menyelesaikan tugasan. Kami di Tuisyen Percuma Online akan membantu bagi meringankan masalah anda seterusnya memberikan keyakinan kepada diri anda bahawasanya anda juga boleh menjadi individu yang cemerlang khususnya dalam matapelajaran matematik dengan syarat anda juga bersama-sama memajukan diri anda dari masa ke semasa dengan asas-asas yang akan kita sama-sama pelajari nanti mengikut topik pilihan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan